Tips agar dapur sentiasa rapi & bersih.
Kadangkala agak sukar untuk kita sentiasa
mengekalkan kebersihan dapur. Mengemas dapur adalah antara tugasan yang
memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak kecil dan disamping itu
menjalankan pula perniagaan dari dapur. Jika dapur selalu digunakan,
rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi. Namun begitu, terdapat
beberapa cara asas yang boleh anda lakukan untuk membantu meringankan
beban kerja anda.
Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu
digunakan. Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak
seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. Masukkan
kesemua barang tersebut ke dalam satu kotak. Simpan di stor kotak
tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang
atau berikan kepada orang lain.
Anda perlu meminimakan barang-barang yang
terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan
di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja ke dalam
kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja
memasak anda akan lebih mudah.
Tip2
Selepas memasak, anda mesti membasuh
kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan
sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana
kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda
nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak.
Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.
Tip3
Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk
untuk dibasuh. Selagi muat sinki selagi itulah pinggan mangkuk anda
dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas.
Lebih malang
lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.
Apa yang saya perhatikan, jika kita mengamalkan
tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh
pinggan mereka sendiri tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur.
Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.
Tip4
Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas,
langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita. Jadikan ‘clean as you go’
sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan
dapur. Apa yang saya lakukan , saya mesti memastikan dapur saya kemas dan
bersih sebelum saya masuk tidur. Manalah tahu, kalau terlambat bangun
dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut.
Duta Meubels
dutameubels@gmail.com
085103716644